MUDA desak kerajaan, pembangkang mulakan ‘gencatan senjata’

0
1

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak kerajaan dan pembangkang untuk menekan butang ‘pause’ (berhenti seketika) daripada terus bertelegah berkaitan politik.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan ia perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan memberi tumpuan penuh kepada rakyat ketika kes Covid-19 semakin meningkat di negara ini.

Beliau seterusnya mengemukakan tiga perkara untuk diberikan perhatian oleh kerajaan dan semua parti pembangkang.

“Pertama, hentikan politik perebutan kuasa, sambil kita berebut takhta kuasa, rakyat terus sengsara.

“Kedua, hentikan niat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri selagi Covid-19 berleluasa.

“Dan ketiga, ini masa untuk kerajaan dan pembangkang duduk semeja mencari jalan penyelesaian bersama,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, kini adalah masanya untuk semua pihak bersatu meletakkan kepentingan Malaysia sebagai keutamaan, bukan kepentingan diri sendiri. – Malaysiapost