Budak 3 tahun anak pasangan Malaysia mati ditikam

0
1

[DUNIA] SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibu bapanya ditemui mati dengan kesan tikaman di sebuah flat di barat London.

Mayat Poorna Kaameshwari Sivaraj, 36, dan anak lelaki Kailash Kuha Raj ditemui di Golden Mile House di Clayponds Lane, Brentford.

Ketika ditemui polis, kedua-dua mereka dipercayai sudah mati, sementara bapa kanak-kanak itu Kuha Raj cedera parah.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditemui dengan kecederaan tikaman dan disahkan mati oleh paramedik di lokasi kejadian.

Kematian keluarga itu sekali gus mencatatkan 100 kematian akibat keganasan tahun ini.

Pakar Jenayah, Ketua Inspektor Detektif Simon Harding, berkata siasatan mendapati Poorna dan Kailash telah lama mati.

Pasangan kelahiran Malaysia itu berkahwin pada 2015 di Kuala Lumpur.

Simon berkata, pihaknya akan menyiasat kes ini sebagai kes pembunuhan.

“Kita akan bekerja keras untuk menyiasat kejadian yang berlaku menyebabkan kematian mereka.

“Poorna dan Kailash tidak pernah kelihatan sejak 21 September lalu,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan tidak mengesyaki orang lain terbabit dengan kejadian itu.

Dipercayai Kuha mencederakan dirinya sendiri ketika pegawai memasuki kediaman itu, kata pasukan berkenaan.

Malah, anjing keluarga itu iaitu Cockapoo juga dipercayai telah dibunuh.

Dalam pada itu, seorang jiran yang tinggal di tingkat lima flat itu memberitahu MailOnline, semasa ‘lockdown’ beliau mendengar pasangan tersebut bergaduh.

“Saya dapat mendengar dia menjerit kepada suaminya, menyuruhnya mengambil ubatnya. Kuha turut pernah mencampak isteri dan anaknya dari tingkap,” katanya. -Malaysiapost