89.3% kes positif dikesan MySejahtera kunjungi ‘malls’ sekitar Lembah Klang

0
1

SEBANYAK 89.3 peratus kes positif Covid-19 yang dikesan menerusi aplikasi MySejahtera telah mengunjungi pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Berdasarkan perkongsian di akaun Twitter MySejahtera, 94.9 peratus daripadanya telah mengunjungi kedai makan di merata tempat.

Bagaimanapun, katanya, siasatan dan penjejakan kontak menunjukkan tiada penyebaran Covid-19 di kawasan tersebut, sekali gus orang ramai diminta tetap tenang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Ini menunjukkan bukan semua tempat yang dikunjungi oleh kes positif menyebarkan penyakit tersebut.

“Jangan panik dan bimbang, kekal positif. Sentiasa pakai pelitup muka, basuh tangan dan amalkan penjarakan fizikal. Kita mesti menang!,” katanya.

Membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang menyatakan rakyat sememangnya patuh SOP sehingga tiada jangkitan di premis perniagaan, MySejahtera berkata, ada juga mereka yang tidak mematuhinya.

“Ada yang masih tidak patuh juga. Sebelum ini terdapat juga jangkitan dari premis premis perniagaan. Kita harus perketatkan lagi pematuhan kepada SOP. Rakyat tidak harus leka.. Kita boleh menang!,” katanya. – Malaysiapost