Takiyuddin kuarantin kendiri

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Ia susulan kehadiran beliau dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri pada Sabtu lalu serta berstatus kontak rapat.

“Saya kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah hingga 17 Oktober depan.

“Maka semua mesyuarat atau program yang membabitkan saya ditangguhkan seketika,” katanya menerusi Facebook.

Beliau juga memaklumkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalani semalam adalah negatif.

“Namun saya masih perlu dikuarantinkan dan menjalani ujian saringan lagi pada hari ke-5 dan ke-13.

“Sementara itu saya tetap akan terus menjalankan tugasan serta kerja-kerja berkaitan dari rumah,” katanya. – Malaysiapost