Muhammad Mustakim Ramli
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan situasi semasa Covid-19.
Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada jam 6 petang ini dan akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Rakyat Malaysia pastinya ternanti-nanti perutusan berkenaan terutama sekali sama ada negara akan berhadapan semula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia susulan kes penularan pandemik itu meningkat sehingga 432 kes semalam.
Kali terakhir perutusan khas Perdana Menteri berkaitan Covid-19 adalah pada 15 September lalu. – Malaysiapost

