Nurul Huda Abhar
SEORANG murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Serai, Peramu Jaya, Pekan terpaksa menahan sakit selepas kakinya tersepit paras paha pada besi penutup longkang, semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Peramu dalam kenyataan di laman Facebook berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai pelajar tersebut.
“Seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu sampai di lokasi kejadian dan mendapati seorang murid berusia sembilan tahun dalam kesakitan kerana kakinya tersepit pada jeriji penutup longkang.
“Anggota bomba bertindak memulakan operasi dengan menggunakan peralatan menyelamat dan kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut kenyataan itu, selepas berjaya mengeluarkan kaki murid itu, dia terus dihantar ke Klinik Kesihatan Peramu Jaya dengan jentera EMRS untuk rawatan. – Malaysiapost


