PM pengerusikan mesyuarat khas Covid-19 esok

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan sendiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkaitan Covid-19, esok.

Ia dipercayai susulan peningkatan kes positif harian Covid-19, termasuk 287 kes hari ini iaitu tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter beliau, malam ini.

“Esok YAB PM sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19. Semoga ada tindakan yang tegas dan segera esok,” katanya.

Sebelum ini, mesyuarat khas itu biasanya dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setakat ini tiada sebarang maklumat sama ada Perdana Menteri akan membuat apa-apa pengumuman berkaitan Covid-19 termasuk prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membalas ciapan Annuar berharap ada SOP baharu dalam menangani penularan pandemik itu.

“Semoga SOP baharu dapat mendepani permasalahan penularan Covid-19 dalam gelombang wabak ini yang lebih membahayakan.

“Jangan terleka. Mari rakyat Malaysia keseluruhannya bantu memeranginya!!,” katanya. – Malaysiapost