Saya sangat hargai semangat setiakawan dalam GRS – Muhyiddin

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sangat menghargai semangat setiakawan ditunjukkan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali gus mengutamakan kepentingan dan masa depan rakyat negeri.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Katanya, ini selepas semuanya bersetuju  mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Persepakatan ini membuktikan kerjasama erat parti-parti di bawah GRS sepanjang Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini mendapat sokongan rakyat negeri itu,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Muhyiddin berkata, beliau juga berdoa semoga Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur. – Malaysiapost