Covid-19: Lima lagi pegawai perubatan ke Lahad Datu

0
1

Nurul Huda Abhar

SERAMAI lima pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Semenjung digerakkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah bagi membantu memerangi penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Mereka dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak iaitu masing-masing dari Hospital Teluk Intan, selain seorang dari Hospital Slim River, Hospital Changkat Melintang, Hospital Selama dan Hospital Gerik.

“Mereka telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam dan seterusnya akan menyambung perjalanan ke Lahad Datu hari ini.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, pagi ini.

Sebelum ini, KKM menghantar 10 pegawai perubatan ke kawasan sama pada 25 September lalu.

Sehingga semalam, kes positif Covid-19 di Sabah masih meningkat dengan mencatatkan 98 kes harian baharu.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran dikuatkuasakan di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula tengah malam tadi, sehingga 12 Oktober 2020. – Malaysiapost