Nurul Huda Abhar
TEKA teki kemelut masalah rumah tangga pelakon, Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin semakin hangat dengan kemunculan hantaran di laman sosial Muizz yang menyatakan dirinya dikhianati.
Menerusi satu hantaran di Instagram, suami Nadia Brian memuat naik foto perkahwinan hitam putih dan menyatakan rasa kecewa apabila dirinya sudah memberi yang terbaik namun dikhianati oleh insan yang tersayang.
“Satu hakikat, saya berikan hati dan jiwa. Saya sudah memberikan yang terbaik, namun, ia tak mencukupi buat awak.
“Tiada apa yang lebih menyakitkan hati saat dikhianati, dikecewakan dan dihina orang yang kita fikir, takkan melukakan kita,” tulisnya.
Tambahnya, dia menerima semua ketentuan yang terjadi dalam rumah tangganya dan berharap kebenaran akan muncul.
“Terima kasih kepada keluarga dan rakan atas sokongan moral. Saya percaya, Allah ada perancangan lebih baik untuk saya. Insya-Allah, keadilan akan terbukti,” katanya.

Menerusi laporan media, Muizz tidak mahu memberi sebarang ulasan berkenaan isu perkahwinannya, malah meminta media untuk menemubual sendiri isterinya.
Bagi pihak Nadia yang dihubungi media, berkata hanya berdoa dan berharap semua akan selesai dengan baik.
Awalnya, konflik rumah tangga pasangan ini dihidu umum apabila tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial, bahkan kini mereka tidak lagi mengikuti laman Instagram antara satu sama lain.
Muizz, melamar Nadia di Kota Paris pada Febuari tahun lalu dan berkahwin pada 9 November tahun sama. – Malaysiapost

