Upko kalah besar, Najib sindir salah DAP

0
1

Fitri Nizam

KEKALAHAN teruk Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, adalah salah Ahli Parlimen DAP kerana anjur pesta bakar dan makan katak, sindir Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Upko sebelum ini melompat keluar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun kini kalah besar.

“Upko hanya menang satu daripada 12 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang ditanding berbanding kemenangan lima kerusi pada PRU14 lalu.

“Presiden Upko (Datuk Seri Madius Tangau) sendiri pun kalah.

“Ini semua salah Ahli Parlimen DAP yang anjurkan pesta bakar dan makan katak minggu lepas,” sindirnya di Facebook.

Pada PRN semalam, Upko bertanding sebagai parti gabungan di bawah Warisan Plus yang diketuai Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. – Malaysiapost