PBS nafi bergabung dengan Warisan

0
2

PARTI Bersatu Sabah (PBS) menafikan dakwaan bahawa parti itu akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah dan sekutunya (Warisan Plus) untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Penafian itu dibuat Ketua Penerangan PBS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

“PBS sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap kekal bersama rakan sekutu, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Kenyataan itu susulan dakwaan yang tular di media sosial selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam menyaksikan GRS memperoleh 38 kerusi.

Menurut dakwaan itu, Warisan memohon mengadap Yang di-Pertua Negeri bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan baharu sebagai parti yang mendapat kerusi terbanyak biarpun tiada majoriti.

Dakwaan itu turut menyatakan Warisan boleh membentuk kerajaan jika mendapat sokongan PBS yang mempunyai tujuh kerusi. – Malaysiapost