GRS umum calon Ketua Menteri pagi ini

0
2

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) akan mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah sebelum memasuki Istana Negeri di Kota Kinabalu, pagi ini.

“Kita akan maklum esok (pagi Ahad) sebelum naik istana. Cukup untuk angkat sumpah. Tapi sebab dalam keadaan sudah malam… kita akan umum esok hari,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam sidang media awal pagi ini.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman berkata pengumuman akan dibuat bersama Adun-Adun lain termasuk Barisan Nasional (BN).

“Masih ramai wakil rakyat dari jauh, dari pedalaman belum lagi sampai. Kita akan tunggu dan buat pengumuman bersama,” katanya.

Hajiji bagaimanapun enggan mengulas sama ada Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada PN atau parti lain dalam GRS.

GRS meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas menang 38 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, semalam. – Malaysiapost