WAKIL rakyat Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang menyatakan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN).
Ia sekali gus akan menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengukuhkan lagi kedudukannya dengan penambahan satu lagi kerusi daripada 38 yang dimenanginya.
Rubin berkata, beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PN untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
“Saya datang sini sebab saya menyokong PN dan juga menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya.
Beliau ditemui media ketika hadir pada sidang media Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor di Kota Kinabalu, awal pagi ini.
Rubin yang bertanding atas tiket Bebas, menang majoriti 1,012 undi mengatasi calon UPKO, Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah, Parti Liberal Demokratik dan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah. – Malaysiapost

