Shafie masih berharap Warisan dapat bentuk kerajaan

0
2

PRESIDEN Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih menaruh harapan untuk partinya membentuk kerajaan negeri ini.

Ia berdasarkan kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi disifatkan sebagai parti tunggal yang memiliki bilangan kerusi paling banyak.

“Saya dapat nyatakan bahawa parti tunggal itu adalah Warisan. Kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kita. Kita akan teruskan.

“Kita tahu bahawa politik di negara kita tidak begitu stabil. Begitu juga dengan keadaan yang kita lihat di Sabah,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat di Rumah Yayasan Sabah, di Kota Kinabalu yang berakhir awal pagi ini.

Sementara itu, Mohd Shafie turut menyatakan penghargaan beliau terhadap rakyat yang mengundi Warisan Plus.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberikan sokongan yang begitu kuat kepada Warisan Plus di mana kita memperolehi sebanyak 29 kerusi yang telah dimenangi,” katanya – Malaysiapost