BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selesai mengundi di Pusat Mengundi Sungai Manila di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Beliau dilihat tiba di pusat mengundi itu bersama beberapa individu termasuk pengawal peribadi dan sempat bertemu dengan orang ramai di luar pusat mengundi itu.
Musa adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sejak 1994 dan tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Sementara itu, orang ramai mula berbaris di luar pagar SK Sungai Manila bermula seawal jam 7 pagi hari ini dengan proses mengundi berjalan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
Kerusi DUN Sungai Manila iaitu kerusi baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 menyaksikan pertandingan enam penjuru.
Ia antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Prof Dr Mahmud Sudin,
Mokran Ingkat (BN), Sahidzan Ag Salleh (PCS), K Zulkipli @ K Zulkipli Harrith (USNO), Dr Md Anuar M A Yusuf (LDP) dan Muhd Arshad Abdul (PPRS). -Malaysiapost


