NAIB Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Ewon Benedick mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau, Kota Belud pada jam 8.15 pagi tadi.
Beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.
Kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu Ewon, Dr Beting Giling dari Parti Cinta Sabah (PCS); Demis Rumanti (PBS); Duanis Mogirong (BN-PBRS); Raiting @ Mohd Farhan (Bebas) dan Leduning Lengik @ Ernest, Parti Liberal Demokratik (LDP).
DUN Kadamaian mempunyai seramai 18,040 dengan 28 peratus adalah pengundi berumur antara 31 dan 40 tahun, 22 peratus ( 60 tahun ke atas), 22 peratus (41-50 tahun), 19 peratus (51-60 tahun) dan 10 peratus adalah pengundi berumur antara
18 -30 tahun.
Ewon yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah penyandang kerusi berkenaan selepas memenanginya atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. -Malaysiapost

