Penentuan Sabah: Lebih 1 juta memilih mulai 7.30 pagi

0
2

SERAMAI 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa yang berdaftar di Sabah layak mengundi untuk memilih 73 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, hari ini.

Baki sebanyak 14,935 pengundi lagi mengundi secara pos.

Sebanyak 741 pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran dibuka bermula jam 7.30 pagi ini di 73 kerusi DUN.

Seramai 476 calon bakal mengetahui nasib masing-masing hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua pusat mengundi ditutup secara berperingkat berdasarkan  jumlah pengundi di sesuatu kawasan dengan waktu terakhir jam 5 petang.

SPR sebelum ini melantik seramai 30,540 petugas bagi mengendalikan proses PRN Sabah ke-16.

Peratusan turun mengundi berdasarkan sasaran ditetapkan SPR dijangka antara 70 peratus hingga 75 peratus.

DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. – Malaysiapost