MULAI esok semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan Domestik di Semenanjung.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan mamaklumkan, sekiranya individu terbabit mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, dia perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19.
Katanya, mereka wajib menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) yang diberi surat dan dipakaikan gelang kuarantin.
“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif.
“Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian Covid-19,” katanya.
Hari ini, daripada 82 kes baharu Covid-19 yang direkodkan, 64 adalah di Sabah selain 11 membabitkan individu di Semenanjung yang pulang dari negeri berkenaan. – Malaysiapost

