Covid-19: Malaysia catat 89 kes baharu, 64 daripadanya di Sabah

0
2

Nilam Oshman

SEBANYAK 89 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 64 kes di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Hari ini, terdapat 11 kes positif Covid-19 yang dikesan di Semenanjung setelah kembali dari Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, daripada 64 kes yang dicatatkan di Sabah, 33 membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) manakala 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau di Semporna, selain satu kes di Sandakan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 776 kes dan sejumlah 10,775 individu telah disaring dalam kluster ini termasuk Tawau (8,195 individu disaring), Lahad Datu (2,574 individu disaring), Kinabatangan (5 individu disaring).

“Sebanyak 159 kes bagi Kluster Bangau-Bangau direkodkan setakat hari ini yang mana 351 individu telah disaring. – Malaysiapost