Ketua Menteri baharu dalam kalangan Adun BN – Zahid Hamidi

0
2

Nilam Oshman

KETUA Menteri Sabah yang baharu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jika parti itu dan sekutunya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Presiden Umno itu berkata, beliau tidak mencampuri dalam soal pemilihan calon Ketua Menteri, tetapi akan memantau perkembangannya.

“Insya-Allah, akan dipilih dalam kalangan Adun yang menang mewakili BN.

“Tentunya, saya akan berikan khidmat yang terbaik kepada Ketua Menteri, bukan hanya memantau tapi berikan khidmat nasihat kepadanya demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya dalam siaran langsung di Facebook BN hari ini.

Ahmad Zahid turut meminta rakyat Sabah menberi peluang kepada BN untuk sekali lagi mentadbir negeri itu.

“Sila beri peluang semula kepada BN dan Insya-Allah, track record lama kita akan cemerlangkan kembali,” katanya. – Malaysiapost