Covid-19: Malaysia catat 71 kes baharu, 69 penularan tempatan

0
2

SEBANYAK 71 kes baharu Covid-19 di Malaysia dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 10,576 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 777 kes.

Beliau berkata, daripada 71 kes baharu, dua adalah kes import yang melibatkan bukan warganegara, masing-masing dari Singapura dan Indonesia, termasuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Daripada 69 kes penularan dalam negara, 43 adalah warganegara Malaysia dan 26 lagi bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 63 kes dicatatkan di Sabah hari ini, 47 kes daripada Kluster Bangau-Bangau melibatkan 32 warganegara dan 15 kes bukan warganegara.

“Sebanyak 10 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan semua bukan warganegara serta dua kes saringan kemasukan ke hospital.

“Selain itu, masing-masing satu kes Kluster Benteng LD; saringan rujukan ke Hospital Tawau; saringan pra prosedur di Hospital Semporna dan saringan bergejala yang telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, Kedah hari ini mencatatkan empat kes daripada Kluster Sungai manakala dua kes di Selangor yang mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah. – Malaysiapost