MB Selangor sumbang RM10,000 bawa pulang pelajar Sabah mengundi

0
1

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi memberi sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia, bagi membawa pulang penduduk Sabah yang berada di Semenanjung.

Ini bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Amirudin berkata, ia juga sebagai tanda solidariti kepada pengundi Sabah, sekali gus menyokong kempen Pulang Mengundi Sabah.

“Ini sebagai tanda sokongan saya kepada demokrasi dan sumbangan ini dijangka dapat memanfaatkan lebih kurang 30 pengundi.

“Saya dan pimpinan Keadilan Selangor ingin menggesa orang ramai yang sudi menyumbang untuk menghulurkan bantuan dengan mengikuti akaun @PulangMengundiSabah di Facebook serta @PulangMengundi di Twitter.

“Keadilan Selangor komited menyuburkan amalan demokrasi di negara ini dan memperkukuhkan semangat setiakawan rakyat berbilang kaum berteraskan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost