Smoked Kingdom by Dondaniyal, restoran milik Ustaz Don di Ayer8 Putrajaya

0
2

PENCERAMAH selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid melancarkan pembukaan rasmi restoran miliknya, ‘Smoked Kingdom by Dondaniyal’ di Ayer8 Putrajaya, semalam.

Majlis perasmian restoran itu dihadiri rakan terdekat serta beberapa selebriti dan penaja.

Dalam hantaran di Facebooknya, Ustaz Don Daniyal mengucapkan rasa syukur dapat menjayakan pelancaran restoran berkenaan.

“Terima kasih banyak support kita. Sebarang salah silap, ada sebarang komen atau komplen (teguran), jangan malu-malu untuk terus bagi feedback pada kita direct (terus).

“Insya-Allah kita akan terus take action (ambil tindakan). Kami berlapang dada menerima teguran. Tak mahu viral-viral na.. Tak syok.”

Antara menu istimewa ialah masakan barat termasuk ikan salmon panggang dan steak. – Malaysiapost