Proton X50 dibuka untuk tempahan esok

0
1

Foto Kredit: Gempak

PROTON X50 dipertontonkan secara rasmi kepada media di Kilang Pemasangan Proton di Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Kenderaan Utilti Sukan (SUV) dengan reka bentuk mengancam itu diyakini akan melonjakkan jualan Proton selain dijangka saingan kepada jenama lain.

Menariknya, SUV itu sudah dibuka untuk tempahan dan orang ramai dah boleh berbuat demikian bermula esok dengan bayaran serendah RM500.

Menariknya model ini yang dijual di bawah harga RM100,000 ini turut dilengkapi dengan bantuan parkir automatik.

Enjin kenderaan ini didatangkan dengan rangkaian kuasa tiga silinder yang pastinya menyalurkan prestasi cukup baik iaitu varian 3-silinder 1.5L Turbo – 148PS dan 226Nm 3-silinder 1.5L TGDI – 174PS dan 255Nm.

Transmisi dan mod pemanduan pula menggunakan kotak yang sama seperti abangnya, X70 iaitu transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Ia kini dilengkapi dengan mod standard, eco dan sport.

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) juga turut dilengkapi pada X50 ini termasuk ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

Didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Proton X50 menawarkan enam pilihan warna iaitu, Snow White (putih), Jet Grey (kelabu), Silver (perak), Ocean Blue (biru), Passion Red (merah) dan Citrus Orange (jingga). – Malaysiapost