McGregor ‘bermalam’ di lokap

0
1

BINTANG seni bela diri campuran (MMA), Conor McGregor dibebaskan selepas dua hari ditahan polis Corsica, Perancis, atas dakwaan serangan seksual terhadap wanita.

Memetik laporan Agensi, penahanan bekas juara dunia MMA berusia 32 tahun itu disahkan pihak pendakwaan di kepulauan berkenaan susulan laporan terhadapnya.

“Suspek ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa. Dia dibebaskan pada Sabtu,” kata jurucakap pihak pendakwa.

McGregor, 32, dilaporkan terbabit dalam insiden dengan seorang wanita muda di sebuah bar di Calvi minggu lalu.

Atlet itu tinggal di dalam kapal layar berhampiran Calvi, bandar pelabuhan di utara pulau berkenaan.
Dia dilaporkan sedang bercuti bersama teman wanitanya, Dee Devlin dan dua anak mereka.

Peguam McGregor, Emmanuelle Ramon berkata anak guamnya menafikan sebarang salah laku.

“Dia dibebaskan sebelum tamat tempoh tahanan (48 jam) polis dan tanpa sebarang penelitian kehakiman,” kata peguam itu.-Malaysiapost