Covid-19: 58 kes baharu direkod hari ini

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KES baharu Covid-19 kembali kepada dua digit hari ini iaitu 58 kes, penurunan 124 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu 53 kes membabitkan penularan tempatan dan lima lagi adalah kes import.

“Terdapat 44 kes baharu membabitkan Kluster Benteng di Tawau dan Lahad Datu, manakala kita mengesan lima kes baharu Kluster Sungai.

“Satu lagi kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah iaitu Kluster Laut,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes kematian pandemik itu kekal 128 kes.

“Sehingga tengah hari ini, lapan kes berjaya dipulihkan dengan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah 9,189 kes,” katanya.

Katanya, sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid- 19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost