‘Orang yang mati pun ingin bangkit untuk bersedekah’

0
2

Aiman Hanif

KITA selalu mendengar ustaz-ustaz selalu berpesan banyakkan bersedekah kerana ganjaran pahalanya cukup besar.

Namun, dalam kalangan kita umat Islam masih ramai yang takut untuk menginfakan harta ataupun wang ringgit ke jalan yang diredhai Allah SWT itu.

Malah ada segelintir umat Islam yang nemiliki kesenangan masih sukar untuk bersedekah kerana khuatir akan jatuh miskin ataupun papa kedana.

Sedangkan Islam telah menegaskan bahawa tidak akan jatuh miskin ataupun papa kedana bagi seseorang yang menginfakan hartanya ke jalan Allah SWT. Bahkan lagi besar jumlah sedekah yang dikeluarkan lagi besar ganjarannya Allah SWT sediakan.

Jika kita perhalusi, wang ringgit ataupun harta yang disedekahkan ataupun diinfakkan kerana Allah SWT itu lah yang kekal menjadi milik kita bila mati kelak.

Harta kekayaan di dunia belum tentu akan menjadi milik kita kerana bila tiba saat kematian kita akan meninggalkan kesemuanya.

Malah disebut antara perkara yang mayat itu menyesal apabila sesorang itu mati, yakin bila anak Adam itu meninggal dunia, adalah kerana tidak melakukan sedekah.

Bahkan, orang mati jika kalau boleh ditangguhkan seketika kematian, apa yang ingin dilakukan mereka adalah ingin bersedekah.

Kalau mengikut logik akal kita, orang mati jika diberi peluang untuk hidup kembali pastinya ingin bertaubat, ingin solat, ingin menjadi hambaNYA yang soleh.

Namun tidak, jika diberi kesempatan mereka yang mati ini ingin memperbanyakkan sedekah dan ini membuktikan betapa besarnya hikmah bersedekah dan kelebihan ini disebut dalam al-Quran dan hadis.

Ada apa dengan sedekah, besarnya pahala sedekah ini ia mampu menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan.

Para sahabat Rasul SAW akan gembira jika baginda menghadirkan seseorang kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Diriwayatkan dalam satu kisah, di mana Saad bin Muaz ingin bernikah, beliau tidak memiliki wang, maka baginda Rasul SAW memintanya bertemu para sahabat untuk mendapatkan wang bagi tujuan itu

Para sahabat ketika ditemui Saad, bukan saja memberi apa yang diperlukan Saad bahkan lebih daripada itu kerana berterima kasih dengan Rasul SAW yang menghantarkan orang untuk mereka bersedekah kerana sedar betapa besar ganjarannya.

Siapa Saad?…Saad adalah pembesar Aus, satu kabilah berpengaruh di Madinah. Beliau memeluk Islam ditangan Mus’ab bin Umayr, sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah lagi.

Pada ketika itu, usianya masih dalam kategori pemuda. Keislaman pemuda dan pembesar seperti Saad menjadi punca kepada keislaman kabilah Aus besar-besaran.

Rumahnya telah dijadikan markas utama dakwah. Di situ Islam pantas berkembang, sehingga pada setiap rumah di Madinah pasti ada sekurang-kurangnya seorang memeluk Islam dalam tempoh yang singkat.

Hebatnya Saad, bila beliau meninggal dunia bergegar Arasy dan malaikat menangisi akan kematiannya.- Malaysiapost