Polis cari ibu bapa kanak-kanak darjah tiga pandu kereta

0
1

MENGEJUTKAN apabila satu video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga, tular di medi sosial hari ini.

Berdasarkan perbualan dalam video bertajuk ‘Handa orang Rombau haa’, kanak-kanak terbabit memberitahu kepada perakam video yang dia adalah murid Tahun Tiga.

Menerusi perbualan dalam video berdurasi 53 saat itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.

Kanak-kanak itu turut memberitahu dia tahu memandu kereta kerana diajar oleh bapanya.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata usaha sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” katanya. – Malaysiapost