873 ditahan, sebahagian besar leka berhibur di pusat hiburan

0
1

Fitri Nizam

SERAMAI 873 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan sebahagian besarnya dicekup ketika berhibur di pub dan kelab malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 797 individu dikompaun, 71 direman manakala lima lagi dijamin.

Katanya, antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang dikesan termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam dengan tangkapan seramai 580 individu.

“Antara lain, adalah kesalahan penjarakan fizikal (118), tidak memakai pelitup muka (52), premis beroperasi lebih masa (52) dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) (39).

“Selain itu, kesalahan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (22), disyaki terlibat dalam pelacuran (7), langgar perintah kuarantin (2), dan menghalang penjawat awam bertugas (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 9,842 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 14,873 individu telah dibenarkan pulang,” katanya. – Malaysiapost