Umno ada ramai tokoh berwibawa

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Fitri Nizam

UMNO mempunyai ramai tokoh yang berkeupayaan tinggi untuk sebarang tugas dan jawatan termasuk jawatan Perdana Menteri, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno bersifat pragmatik dalam bermuafakat dan berkongsi kuasa.

“…asalkan matlamat perjuangan demi agama, bangsa dan negara dicapai.

“InsyaAllah dengan dokongan rakyat, ada Perdana Menteri Umno nanti,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Walaupun tidak mengaitkan kenyataan itu dengan mana-mana pihak namun ia dipercayai dikeluarkan sebagai menjawab kenyataan terbuka bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Umno dan PAS tidak mempunyai calon yang berwibawa untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Bahkan, beliau berkata pemimpin kedua-dua parti itu tidak mampu mencabar kewibawaan yang dimiliki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – MalaysiaPost