Tok Gajah kena kuliah dengan UiTM FC

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

SKUAD Tok Gajah dimalukan UiTM FC apabila tunduk 0-1 dalam aksi keenam Liga Super yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

Beraksi tanpa pemain kontrovesi, Mohamadou Sumaresh nyata memberi kesan kepada skuad kendalian Dollah Salleh.

Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, UiTM FC berjaya mengutip mata berharga menerusi pemain muda, Muhamad Rafie Mat Yaacob pada minit ke-63.

Jaringan tunggal pemain berusia 22 tahun itu meletakkan UiTM FC di kedudukan keempat liga dengan berkongsi 10 mata bersama Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, di Alor Setar, Kedah bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 menentang PJ City.

PJ City mendahului menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Brandao pada minit ke-16.

Tersendak dengan jaringan itu, Kedah bangkit menerusi jaringan Kpah Sherman pada minit ke-24 dan Tchetche Kipre pada minit ke-61.

Sementara itu, dalam aksi di Lembah Klang, PDRM terikat 1-1 dengan Felda United. – Malaysiapost