SEMUA papan iklan gergasi atau billboard di Wilayah Persekutuan mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan.
Perkara itu ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter beliau malam tadi.
Beliau turut mengepilkan gambar satu iklan pada sebuah billboard yang telah diturunkan kerana menggunakan bahasa Cina secara terlalu dominan.
“Billboard ini telah di turunkan… semua papan iklan di WP (Wilayah Persekutuan) mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa,” katanya.
Iklan tersebut menggunakan tulisan besar dalam bahasa Cina, manakala terjemahan dalam bahasa Melayu dalam tulisan lebih kecil kelihatan di bawahnya. – Malaysiapost

