Surat peringatan untuk saman tertunggak – PDRM

0
3

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesahkan surat peringatan notis saman trafik tular di media sosial yang didakwa dikeluarkannya adalah benar.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata notis itu diserahkan kepada Orang Kena Saman (OKS) yang mempunyai saman tertunggak.

Katanya, orang awam yang menerima notis itu boleh membuat semakan di mana-mana kaunter saman trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) di seluruh negara.

“Mereka juga boleh membuat semakan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat peringatan berkenaan.

“Pembayaran saman pula boleh dibuat melalui kaunter saman trafik di IPD, pejabat Pos Malaysia Berhad dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Malayan Banking Berhad(Maybank),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya berurusan di kaunter bayaran saman, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini,. 

Terdahulu,  gambar memaparkan maklumat notis saman dikeluarkan JSPT dikatakan palsu dan menimbulkan kegusaran awam, tular di media sosial. – Malaysiapost