Tunggu surat peguam – Khairuddin

0
2

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu dengan mendakwanya dan isteri bercuti di Belanda ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, gambar tular yang didakwa percutiannya bersama isteri di Belanda itu adalah gambar yang diambil empat tahun lalu.

Katanya, beliau ke Belanda atas kapasiti peribadi dan urusan kerja pada 2016 hingga 2019.

“Ada sebaran dibuat menyatakan saya ke Holland (Belanda), jadi saya ingin maklumkan saya ke Holland bukan ketika ini (2020), dan ia program sebelum ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Katanya, susulan itu beliau sudah menguruskan tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat media yang membuat berita palsu mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya hanya ke Turki saja (jadi) sesiapa yang membuat berita palsu di Internet tunggulah surat guaman daripada saya. Saya harap tidak ada lagi yang menyebarkan berita palsu,” katanya.- Malaysiapost