Ngeri ular ditarik keluar dari mulut wanita

0
2

[Dunia] MENGERIKAN apabila sekumpulan doktor berjaya menarik keluar ular sepanjang 1.2 meter dari kerongkong seorang wanita di Levashi, Rusia, semalam.

Ular itu masuk ke dalam mulut wanita tersebut ketika tidur di halaman rumahnya di sebuah perkampungan di Dagestan.

Menurut Daily Mail, wanita itu kemudian segera dibawa ke hospital selepas menunjukkan tanda tidak sihat lalu diberikan ubat bius.

Portal tersebut turut menyertakan satu klip video menunjukkan seorang doktor menggunakan tiub untuk menarik keluar ular berkenaan dari dalam kerongkong pesakit.

Beberapa pegawai perubatan yang berada di wad itu terkejut dan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar reptilia berkenaan.

Ular itu kemudian ditempatkan di dalam satu baldi perubatan namun tiada maklumat sama ada ia masih hidup atau tempoh reptilia tersebut berada di dalam badan pesakit.

Kementerian Kesihatan di Dagestan belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu. – Malaysiapost


https://twitter.com/instablog9ja/status/1300375245690408960?s=19