Jai KL Gangster pilih Umno

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

“UMNO pilihan saya,” kata aktor popular, Adi Putra yang kini sah menjadi ahli parti berkenaan, semalam.

Pelakon KL Gangster itu mengumumkan perkara tersebut di Instagram miliknya dengan memuat naik gambar menerima kad keahlian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terkenal menerusi watak Jai, aktor yang berasal dari Singapura itu juga mendedahkan pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan parti lain, namun beliau memilih Umno.

“Saya pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan yang lain. Tapi maaf, Umno pilihan saya.

“Terima kasih Presiden Umno atas keahlian saya,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Adi Putra secara menyindir pihak yang menyatakan Melayu malas, Melayu mudah lupa, namun beliau berpendirian sebaliknya.

“Tapi saya katakan kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) takkan Melayu hilang di dunia. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. -Malaysiapost.

https://www.instagram.com/p/CEiyyV8Da-C/?igshid=21ahoo447lm0