‘Lorong kecil dan gelap di Chow Kit mula bersinar’

0
2

KEWUJUDAN Surau al-Hijrah sejak beberapa tahun lalu telah mengubah lorong kecil dan gelap di Chow Kit menjadi ‘bersinar’, kata MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ia dinyatakan beliau selepas meluangkan masa menyantuni komuniti mak nyah yang telah berhijrah dan menyampaikan sumbangan terhadap golongan tersebut di surau berkenaan, malam tadi.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di surau tersebut sekali gus menyebabkan kadar masalah sosial setempat menurun.

“Mereka yang hadir adalah daripada NGO Pintas iaitu bekas komuniti gay, bisexual , MSM (lelaki seks sejenis) dan Queer yang berhijrah serta Pertubuhan Usrah Fitrah daripada bekas komuniti mak nyah yang berhijrah.

“Kita semua pada hakikatnya masih dalam perjalanan untuk mencapai kemerdekaan hakiki.

“Sudah pasti ada yang terselamat dan ada juga yang tersadung. Apa yang penting adalah saling bantu-membantu ke arah kebaikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Selangor khususnya Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS atas usaha yang telah dilaksanakan bagi membantu golongan tersebut. – Malaysiapost