KESESAKAN trafik di Lebuhraya Pantai Timur menuju ibu negara sepanjang 26 Kilometer (KM), tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kemaskini di Facebook.
LLM melaporkan kesesakan trafik itu berlaku selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Genting Sempah.
Selain itu, LLM turut melaporkan bahawa keadaan trafik mulai perlahan dari arah beberapa lokasi dari utara ke ibu negara.
Antaranya di Simpang Pulai ke Gopeng; Tapah ke Hentian Rawat dan Rehat (RnR) Tapah; Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang.
Kesesakan itu susulan warga kota yang pulang dari kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Merdeka pada 31 Ogos jatuh pada hari Isnin.

