SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media kononnya organisasi itu menyiasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim.
Ini berkaitan dengan dakwaan palsu bahawa SPRM sedang melakukan siasatan mengenai insiden pemberian wang sogokan ketika Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
“SPRM minta semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku ketika PRK DUN Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada kami atau polis,” kata organisasi itu menerusi kenyataan kepada media hari ini.
Semalam, tular kenyataan media kononnya, SPRM memaklumkan sedang mengesan individu yang menawarkan sejumlah wang kepada bakal pengundi supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRK itu.
Malah, turut dinyatakan pemberian wang tunai bernilai RM200 untuk pengundi berbangsa Melayu, RM150 untuk bukan Melayu. – Malaysiapost

