PRK Slim: Rakyat meluat asyik ‘salah Najib’

0
2

DATUK Seri Najib Razak berkata isyrat jelas parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad ditolak apabila calon BN menang besar Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia juga membuktikan rakyat muak dengan serangan peribadi yang dilontar Dr Mahathir terhadapnya.

“Orang sudah meluat dengar kalau dilihat kempen kali ini kerana hendak balas dendam atau soal peribadi.

“Rakyat dengar cerita dan mereka telah tolak, mereka nak pemimpin yang boleh bela mereka, boleh jaga kebajikan rakyat.

“Balik-balik sebut nama saya, rakyat sudah benci dengar isu (serangan peribadi),” katanya.

BN berjaya mempertahankan kerusi Slim dalam PRK itu dengan majoriti 10,945 undi berbanding 2,183 undj yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

BN diwakili Mohd Zaidi menewaskan dua calon bebas, Amir Khusyairi dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi.

Bekas Presiden Umno itu berkata, penolakan rakyat kepada parti Dr Mahathir itu cukup jelas apabila calon tajaan mereka tewas teruk di Felda Besaout 2.

“Tempat Dr Mahathir pergi di Besout 2, mereka kalah teruk, calon kita menang majoriti jauh lebih besar.

“Jelas mereka beri sokongan kepada BN dan tolak calon parti baru,” katanya.

Sementara itu Najib berkata kemenangan besar BN di Slim juga menunjukkan logo BN masih diterima rakyat, di samping bantuan rakan parti lain.

“Ini bukti logo BN masih dekat di hati rakyat, malah melalui Muafakat Nasional (MN) maknanya kerjasama dengan PAS, parti-parti lain dalam BN, MCA, MIC, Bersatu ada sumbangan,”jelasnya- Malaysiapost