Hilang akal ka bagi kambing minum arak?

0
2

Muhammad Mustakim Ramli 

TIDAK perikemanusian! Itu sahaja dapat dikatakan terhadap tindakan seorang lelaki memberi minuman arak kepada seekor kambing. 

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di negara ini. 

Ini berdasarkan loghat Tamil yang digunakan dalam percakapan, kereta dan keadaan sekeliling di dalam video itu bercirikan negara ini. 

Antara yang paling ketara pnggilan “Hey Kambing” oleh salah seorang lelaki di dalam video berkenaan. 

“Memberi minuman keras kepada kambing adalah satu jenayah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai untuknya. Ia dianggap satu penganiayaan,” kata persatuan itu di Facebook. 

Persatuan Haiwan Malaysia juga menyeru mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi mereka bagi tindakan susulan. 

“Saudara dan rakan taulan pemuda-pemuda dalam video ini boleh tampil salurkan maklumat lengkap tentang bila dan dimana kejadian berlaku kepada Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097,” katanya. -Malaysiapost