Komen Khaled Nordin tersasar – Annuar Musa

0
2

Fitri Nizam

KOMEN dilontarkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung isu penarikan MIC daripada menyertai Perikatan Nasional (PN), agak tersasar.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata MIC hanya memperbetulkan salah faham yang terjadi ketika menyertai gabungan itu.

Sambil mengepilkan ciapan Khaled di Twitter, Annuar berkata perkara itu dibincang dan dipersetujui dalam Dewan Tertinggi BN.

“Komentar yang agak tersasar… MIC cuma memperbetulkan kesilapan yang terjadi akibat sedikit miscommunication (salah faham).

“Perkara ini dibincang dan dipersetujui dlm Dewan Tertinggi BN,” katanya menerusia ciapan di Twitter, hari ini.

Khaled hari ini mengeluarkan komentar agak keras terhadap rakan baharu dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) iaitu Bersatu apabila berkata, PN tidak memerlukan MIC atau MCA.

“PN yang parti terasnya adalah Bersatu, apabila memutuskan untuk membuka keahlian pada semua kaum sebenarnya tidak memerlukan MIC mahupun MCA,” katanya.

Tidak terhenti di situ, Khaled juga mengeluarkan kenyataan pedas apabila berkata ‘dulu curi Ahli Parlimen, sekarang nak umpan parti gabungan BN pula’.

Kenyataan itu dikeluarkan Khaled ketika mengucapkan tahniah kepada MIC berikutan laporan penarikan diri parti itu daripada menyertai PN. – Malaysiapost