KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak enam kes positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi dengan jumlah kes di negara ini kini 9,291 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada enam kes itu, satu adalah kes import dan lima penularan tempatan.
Menurutnya, lima kes tempatan tersebut membabitkan di Kedah iaitu daripada Kluster Tawar (3) dan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) (1), dan kes saringan bergejala (1).
“Sehingga hari ini, terdapat sembilan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

