Tun M minta Kementerian Kewangan senaraikan semua 101 projek

0
1

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya menyenaraikan semua 101 projek yang dilapor diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri berkata senarai itu termasuk nama mereka yang mendapat kelulusan tidak mengira siapa.

Ini katanya, bagi memastikan prinsip ketelusan ataupun “transparency” diamalkan oleh kerajaan.

“Keikhlasan Menteri Kewangan dalam perkara ini amat dialu-alukan. Rakyat berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul di Parlimen semalam mendedahkan bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 billion telah diluluskan sepanjang 22 bulan pemerintahan PH.

Bagaimanapun beliau tidak menyenaraikan secara terperinci semua projek tersebut.- MalaysiaPost