Kerajaan hari ini meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah, berkuat kuasa 1 September ini.
Ia merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, termasuk amali di luar bilik darjah bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan terkawal.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk:
- mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga murid yang terlibat,
- pengunaan bilik mandi/persalinan dihadkan mengikut kapasiti
- memastikan penjarakan fizikal 1-3 meter bagi aktiviti statik dan 3-5 meter bagi aktiviti dinamik
- peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi
- Aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM yang sedia ada.
- Garis panduan yang lengkap boleh didapati di laman sesawang MKN dan KPM bermula 1 September.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga meluluskan pembentangan KPM mengenai Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal Dan Vokasional berkuat kuasa 1 September 2020.
Katanya, ia melibatkan lebih 89 Kolej Vokasional serta Sekolah Menegah Kebangsaan dan Sekolah Menegah Teknik yang terpilih.
Antara Garis Panduan yang perlu dipatuhi termasuk:
- menentukan bilangan murid berdasarkan kapasiti ruang
- tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi
- murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali
- Garis Panduan yang lengkap juga boleh didapati di laman sesawang MKN dan KPM bermula 1 September.

