Pelakon antarabangsa, Joseph Gordon-Levitt sedang mencari individu yang boleh berbahasa Melayu untuk projek terbaharu yang dipromosikannya.
“Ada sesiapa di sini boleh bertutur dalam bahasa Melayu? Saya sedang mencari sesiapa yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu?
“Saya hanya perlukan seseorang untuk merakam dengan membaca satu perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu untuk projek seterusnya,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook.

“Anda hanya diminta untuk menyumbangkan suara bagi tujuan rakaman dan paling menarik, anda hanya diperlukan untuk membaca puisi dalam Bahasa Melayu.”
Selepas merakam pembacaan sajak atau syair sama ada menggunakan aplikasi perakam di telefon pintar atau di komputer, katanya, mereka yang berminat hanya perlu memuat naik rakaman tersebut dan mengisi beberapa maklumat ringkas.
“Selesai memuat naik rakaman suara di laman “Hitrecord”, anda akan dimaklumkan rakaman tersebut telah berjaya dan menerima ucapan terima kasih,” katanya.
Pelakon blockbuster 500 Days of Summer itu tidak memperincikan mengenai projek yang sedang dijalankan, namun sesiapa sahaja boleh mencuba dan yang bertuah akan dipilih.

