Selepas bebas lebih 100 hari dari jangkitan Covid-19, New Zealand kini berdepan dengan gelombang kedua, apabila jangkitan tempatan pertama dilaporkan semalam.
Susulan itu, kerajaan New Zealand mengeluarkan arahan ‘stay-at-home lockdown’ untuk bandar terbesar di Auckland itu.
Perdana Menterinya, Jacinda Ardern membuat keputusan drastik malam semalam, apabila mengarahkan bandar Auckland ditutup selepas empat kes baharu dicatat oleh satu keluarga.
Katanya, walaupun sempadan ditutup dan individu dari luar (bukan warganegara dan warganegara) perlu menjalani kuarantin wajib.
Menurut kerajaan New Zealand, punca bagaimana jangkitan itu berlaku masih lagi misteri dan akan disiasat dengan teliti.
“Selepas 102 hari, kami menerima kes pertama Covid-19 luar dari kawasan kuarantin kami. Kami telah bekerja keras untuk mencegah senario ini. Justeru, kami sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini,” kata Jacinda.
Setakat semalam, WHO telah memuji kecekapan New Zealand dan menjadikan negara berkenaan sebagai contoh yang perlu diikut oleh negara luar lain selepas ‘berjaya menghapuskan jangkitan pada peringkat komuniti/tempatan’.
Namun, dengan kes pertama selepas 102 hari ini, ternyata pandemik ini adalah satu virus yang sangat ‘degil’.

