PSG menang Piala Liga Perancis, raih gelaran treble domestik

0
2

Paris Saint-Germain (PSG) menumpaskan Lyon dalam perlawanan akhir Piala Liga Perancis bagi membolehkan mereka meraih gelaran treble domestik, awal pagi tadi.

PSG menang 6-5 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan.

Kejayaan itu hadir selepas seminggu mereka menumpaskan Saint-Etienne dalam perlawanan akhir Piala Perancis.

Sebelum ini mereka ditabalkan sebagai juara Ligue 1 berdasarkan kedudukan terkini sebelum saingan ditamatkan April lalu walaupun masih berbaki 10 perlawanan disebabkan pendemik Covid-19.