Masa akan jadi penawar kepada perbezaan Umno – Bersatu

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

“Secara jujur, ramai percaya, masa juga akan menjadi penawar kepada perbezaan Umno – Bersatu,” kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, Melayu dan Bumiputera yang bersatu amat penting untuk kestabilan serta kemakmuran negara ini. 

“Ia juga memerlukan pengorbanan. Pengorbanan bukan sekadar berapa ekor haiwan yang dikorbankan. Itu mudah. 

“Paling sukar ialah membenamkan ego dan kepentingan diri demi ummah dan negara tersayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Shabery berkata, sebelum ini Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj meminta supaya ditubuhkan sebuah parti sementara iaitu Semangat 46 apabila Umno diharamkan tahun 1988.

“Katanya, masa akan menjadi penawar kepada perpecahan ketika itu. Pesannya, bila semuanya sejuk, carilah jalan bersatu kembali.

“Tahun 1996, Semangat 46 berkorban untuk bersatu kembali. Umno semakin kuat,” katanya.